Para Imam yang ku hormati dan ku cintai..

Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wa Sallam, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam

Akidah :...
Imam Abul Hasan al-Asy'ari (260 H/873 M - 324 H/935 M)
Imam Abu Mansur al-Maturidi (wafat 333 H/944 M)

Tassawuf :
Abu Hamad Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali / Imam al-Ghazali
Sheikh Junaid al-Baghdadi (wafat 297 H/910M)

Fiqh :
Imam Hanafi (80 H/699 M - 150 H/767 M)
Malik bin Anas bin Malik bin Amar al-Harith / Imam Maliki (93 H - 179 H)
Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Usman bin Syafie / Imam Syafi'ie (150 H/768 M - 204 H/820 M)
Ahmad bin Muhammad bin Hanbal / Imam Hanbali (164 H - 241 H).

dan para Imam Ahlul Sunnah Waljamaah yang lain..wallahua'lam..

Saturday, November 12, 2011

semalam itu satu pengajaran ...

salam a'laik...

Alhamdullillah ,syukur ke hadrat ALLAH kerna masih bernyawa dengan nikmat iman dan islam .moga-moga ianya berkekalan buat selama-lamanya..Amin ..

masa berlalu dengan pantas umpama sinaran cahaya pagi yang menerangi setiap jengkal muka bumi .sedar atau tidak , sudah hampir setahun aku menigggalkan penulisan blog ini.tetapi, secara jujurnya ,aku rasa amat sukar bagi meng'istiqamah'kan diri menjadi penulis. mungkin kerna beberapa komitmen yang perlu aku dahulukan menyebabkan aku menjadi malas.

dari detik aku meninggalkan penulisan forum ini ,bnyak perkara yang berlaku padaku .suatu pengalaman yang sebenarnya mendidik aku supaya lebih mengenali Illahi
dan segala ciptaaan-Nya. ada sesetengahnya menguji kesabaran aku sebagai hamba yang lemah dan daif .

namun semuanya adalah pengajaran buat diri aku, dan mungkin juga dpt aku juga kongsikan bersama dengan sahabat-sahabat yang lain. semoga ianya dapt menjadi panduan kepada kitadalam meniti kehidupan sebagai khalifah di muka bumi ini .

sekian , wasalam ...

sulaiman al jawiy ..

Sunday, February 14, 2010

dimana kita?

setiap hari kita mengalami pelbagai kesukaran hidup.sebenarnya ini adalah cabaran sebagai khalifah di bumi ALLAH.pasti diantara kita tertanya-tanya.apakah matlamat hidup kita?sebagai orang islam kita adalah hamba kepada ALLAH.oleh yang demikian hidup kita haruslah dijadikan medium sebagai untuk kita memperhambakan diri kepada ALLAH.ingatlah kita sekarang ini berada di alam dunia yang menjadi kayu ukur untuk alam akhirat .setiap manusia tidak terlepas dari dihisap.cubalah untuk menjadi sebaik-baik kahlifah di muka bumi ini .INSYAALLAH kita akan mendapat balasan yang baik di akhirat.

Friday, January 29, 2010

sesal.....

setiap manusia pasti ada perasaan sedih .banyak perkara yang boleh menjadi faktor menitisnya air mata kita.air mata penyesalan adalah sesuatu yang subjektif dan sukar digambarkan dengan kata-kata.setiap manusia payah untuk mengakui kesilapan mereka.jika seseorang mampu berkata dirinya telah berdosa ,itu merupakan bentuk penyesalan yang jarang dapat dilakukan oelh semua manusia.penyesalan dapat mendekatkan kita dengan yang Maha Pencipta.setiap penyesalan pasti ada hikmah yang tersurat yang disediakan tuhan .hidup hanya sekali.jika tiada penyesalan terhadap kesilapan kita,adakah ruginya kita kita menjadi manusia kerana tidak belajar dari kesilapan.

Friday, January 15, 2010

aku yang salah...

setiap manusia tidak terlepas dari melakukan pelbagai kesalahan dalam kehidupan mereka.sebenarnya setiap kesilapan yang dilakukan oleh kita merupakan satu pembelajaran untuk kita menjadi manusia yang lebih baik.setiap orang berharap untuk menjadi manusia yang sempurna. kesempurnaan itu bukan bererti lengkap dari pelbagai aspek tetapi menggunakan pengalaman, ilmu pengtahuan,dan iman untuk menjadi manusia yang lebih baik.sedarlah bahawa setiap manusia itu sama.walaupun,mereka cacat,buta,hina, dan sebagainya mereka tetap setaraf dengan kita.tidak perlu membezakan mereka dengn pangkat dan harta.yang membezakan kita ialah takwa dan kesucian hati kita.

Saturday, January 9, 2010

apa itu hati?

kita masih tertanya-tanya apa itu hati.hati ini sukar untuk dibaca.tanpa hati hilanglah roh manusia.ianya adalah suatu benda hidup yang menjadi nadi dan penggerak kepada setiap tindakan kita.perasan pula adalah emosi yang muncul apabila kita mengalami sesuatu perkara.hati dan perasaan adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan .ianya umpama isi dengan kuku.terdapat dua jenis hati yang ada di dunia ini iaitu hati yang baik atau hati yang jahat.semuanya bergantung pada diri kita sendiri untuk menentukan dimana letaknya hati kita.mungkin ramai di antara kita cuba untuk menjadi manusia yang lebih baik.oleh yang demikian, hati seseorang haruslah diubah terlebih dahulu.mendidik hati menjadi ikhlas adalah kejayan yang sangat hebat.dengan usaha yang gigih kita mampu melakukannya.
Assalamualaikum
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana saya masih lagi diberikan peluang untuk terus hidup di dunia ini.Berkat inayah dan rahmat-Nya saya masih lagi mampu untuk menikmati nikmat iman dan islam .Menulis merupakan satu cara bagi seseorang manusia meluahkan idea mahupun cadangan .Tidak semua orang dikurniakan bakat untuk meluahkan idea melalui percakapan dan tindakan mereka. setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. tidak salah bagi seseorang untuk meluahkan idea dan cara pemikiran mereka .bahkan ia mampu membantu seseorang untuk menjadi manusia yang lebih baik.melalui perkongsian pendapat ini manusia mampu membina tamadun yg lebih baik. percayalah bahawa setiap tindakan yang dilakukan dengan hati yang ikhlas, pasti ia akan mendapat balasan yang baik dari-NYA.moga-moga dengan adanya coretan hati ini,dapatlah saya berkongsi idea dan pendapat saya yang ini terpendam jauh di sudut hati saya.
sekian ,
wasalam